Karya Mahasiswa PBSI pada Gerakan Literasi Mahasiswa 2021-2022

 KOYAK DAN RAWAT

Eka Wati

 

Tak. Sakit yang teramat sakit. Hati aku rasa dibisul kerana tidak pernah percaya akan orang lain. Selain keluarga, aku tiada orang lain yang istimewa. Sejak dia datang, dunia aku berubah menjadi warna merah jambu. Sah! Aku dilamun cinta.

Tapi, sebab orang lain, hubungan kami berantakan. Perangai sial dia orang yang buatkan aku jadi benci. Perangai busy body. Kau rasa aku suka sangat dengan orang macam ni? Jangan sampai aku ambil pisau kerat lidah dia orang,

'PLEASE!!! TOLONGLAH FAHAM. KAMI ADA PERASAAN.' Ayat itu yang aku nak jeritkan kepada dunia yang hati kami senang tersentuh. Kami senang sangat terluka sampai hati kami tegal. Penat, marah, sedih, semua ada.

"I DON'T GIVE A DAMN TO YOU!!! AKU TAK SIBUK HAL KAU, KAU NAK SIBUK HAL AKU KENAPA, SIAL?!' Aku memang marah sangat. Aku tak suka langsung orang lain yang sibuk ambil tahu hubungan aku dengan orang lain. Kalau aku rela bercerita, tak apa. Ini suka-suka sangat korek cerita kenapa? Haus sangat agaknya sampai tak ada topik yang dibincangkan sampai hal aku dengan dia jadi buah mulut.

******

"Dahlah, janganlah sedih pasal orang lain. Aku tak nak kau rasa sedih sebab aku." Itulah ayat yang dia selalu sebut apabila aku bersedih mendengar masalahnya.

"Aku tak tahu kenapa aku selalu sedih sebab kau. Aku tak tahu kenapa aku suka tanya khabar kau tiap-tiap hari. Kenapa aku selalu ambil berat pasal kau?" Aku hanya menjawab perbualannya. Aku ada empati dan itulah kelemahan aku.

"Aku tak faham kenapa masih lagi ada orang yang suka aku? I just a loner and loser. Aku tak layak untuk dicintai dan mencintai orang lain," kata Ilham. Aku tidak faham kenapa Ilham berfikiran begitu.

Aku mengingati fizikal Ilham. Rambut lurus yang disikat rapi bersinar-sinar setelah diminyakkan, cara berpakaian yang cukup kemas dan tali leher yang tergantung di lehernya membuatkan terpancar cahaya karisma dalam dirinya. Senyuman yang cukup cantik membuatkan diriku gila kerana dia juga mampu mencerahkan suasana.

"Betulkan aku mencintai dirinya?' soalku dalam hati. Setiap kali balik dari sekolah, aku selalu menangis kerana aku sungguh-sungguh merindui dirinya.

Aku menangis tanpa suara sebab emosi aku perlukan masa untuk sembuh. Dalam sangat luka. Aku asingkan diri aku daripada keluarga dan kawan-kawan supaya aku dapat merawat hati aku yang luka.

******

"Aku tak faham. Kenapa kau elakkan diri kau dekat aku?" Aku bertanya kepadanya pada petang yang hening itu. Ketika itu, kami berada di bawah pokok yang berhampiran dengan padang sekolah untuk berbincang dengannya.

"Aku nak kau benci aku. Tolonglah faham," Ilham hanya berkata dengan suara yang halus.

"Sebelum kau cakap ayat ni, aku nak tanya kau. Kalau aku nak benci kau, kau ada benci aku?" Terdiam apabila aku bertanya soalan ini. Ilham diam seribu bahasa. Aku menyambung kembali kata-kataku.

"Takkan sebab orang lain, aku kena tebangkan pokok cinta yang aku tanam dengan susah payah dengan kapak kebencian. Dan satu lagi, kenapa kau terasa sangat bila orang cakap macam tu?" Banyak persoalan yang melayang di fikiranku sekarang ni. Ilham banyak berahsia denganku kebelakangan ni dan aku mula curiga yang Ilham ada membuat sesuatu di belakangnya.

"Sebab aku nak seorang sahaja. Biarkan aku. Aku merayu pada kau." Ilham hanya menjawab soalan itu dengan pelbagai alasan.

"Dengar sini, aku tak pernah menangis untuk lelaki. Selalunya, aku hanya menangis sebab mak dan ayah aku sahaja. Hati aku terlampau sensitif, aku ada masalah kepercayaan dan aku ada empati dekat diri aku." Aku mengakui semua kekuranganku di hadapannya.

"Orang yang aku kenal di hadapan aku ni seorang yang lemah lembut, seorang yang bertanggungjawab, seorang yang pemalu, seorang yang penyabar dan tak pernah sekali pun maki aku. Aku pun tahu yang kau pun boleh baca aku dan kau pun ada sifat empati dekat diri kau. Kau seorang yang penyayang sebab kau suka kucing." Aku ingat kembali perkara yang menjadi kesukaannya yang dia pernah beritahu kepadaku dan hasil pemerhatianku.

"Aku tahu kenapa kau sekat akaun aku. Kau bagi aku masa untuk pulihkan diri aku dan diri kau juga. Tapi, kau tak boleh sekat aku sebab aku tak tahu apa-apa pasal apa orang kata tentang diri aku. Kau kena ingat, kau bukan rumput yang boleh dipijak orang sesuka hati. Aku tak rela orang pergunakan diri kau untuk manfaat mereka. Aku tak tahu kalau kau masih ingat aku atau tidak, tapi aku yakin kau dah lupa pasal aku." Aku mula menangis. Hatiku koyak kerana jiwaku ikhlas mencintai dan menyayangi dirinya dalam diam-diam.

"Aku tak tahu kenapa aku ambil berat sangat. Aku terlampau suka pada kau. Aku perlukan kau dalam hidup aku sebab aku sungguh-sungguh mencintai diri kau. Aku cinta kau kerana Allah." Sebelum ni, aku tidak pernah mengambil berat akan orang lain selain ahli keluarga. Nampaknya, aku telah mengambil berat akan seseorang yang bermakna buat diri aku.

"Itu sebab kau ada empati. Aku dah lama perhatikan kau, sebab aku sendiri pun ada empati. Empati tak sama dengan simpati. Maksud simpati ialah kita kasihankan seseorang. Tetapi, sifat empati ialah kita meletakkan diri kita dekat situasi orang itu. Sebab tu kau mudah menangis." Ilham juga memerhatikan aku walaupun dirinya tidak hadir ke sekolah..

Aku mengalirkan air mata. Tidak sangka dia faham akan keadaanku. Aku tidak sanggup berdepan dengan perkataan "kehilangan', perkataan yang cukupcukup membuatkanku hidup dalam ketakutan.

"Aku mula-mula tak faham kenapa kau selalu tanya keadaan aku tiap-tiap hari sampai aku naik rimas. Aku tahu kau tak pernah mulakan perbualan dan kau tak tahu nak bual apa dengan aku. Aku minta maaf sebab aku banyak sakitkan hati kau." Ilham mengakui semua kekhilafannya kepadaku.

"Aku takut kau menghilang. Sebab tu aku tak boleh jauh dengan kau. Maafkan aku kalau aku banyak tanya soalan yang aku dah tahu jawapannya. Aku takut kau akan tinggalkan aku macam mana orang lain tinggalkan aku." Aku berkata sambil menangis teresak-esak di hadapannya.

"Syyhhh....janganlah menangis. Nanti aku pulak yang sedih. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku," pujuk Ilham. Dia amat menghargai aku kerana sikap ambil peduli yang diberikan terhadapnya.

Aku mengelap air mata yang bergenang di tubir mata. Aku selalu menganggap orang lain sebagai beban. Aku tak pernah percayakan orang lain selain keluarga dan Ilham. Nampaknya, masih ada lagi yang menghargai dan menyayangi diri aku. Aku bersyukur kerana dikurniakan sifat empati. Terluka bersama, menangis bersama. Antara kunci kebahagiaan dalam diri kita adalah memahami dan menghargai. Kalau orang yang kita sayang memahami dan menghargai kita, maka kita kena bersyukur dengan perhatian yang diberikan.


Profil Singkat


Eka Wati. Lahir pada 2 Januari 2004. Beralamat di Parit 02 Sungai Nau pengalihan keritang, Indragiri Hilir. Pernah bersekolah di SMA Karya Pengalihan. Hobi membaca komik.



Posting Komentar

0 Komentar